Amad dan Atuk
Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk. Suatu hari Amad bertanya, “Atuk, Amad cuba untuk baca Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekalipun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup Quran. Apa ya kebaikan baca Quran, Atuk?”
Si Atuk menutup Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, “Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk.”
Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat dari rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi. Dari jauh Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, “Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!”
Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad bilang terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu Amad mencapai baldi.
“Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu.” Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat bakul itu bocor.
“Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong,” kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.
Betulkah tidak berguna?
“Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu.” Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara – bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.
“Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam”. Amad tersenyum lebar, penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.
Usaha atau Hasil?
Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa. ^_^Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan’sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih nihil, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat lah buat, tapi langsung tiada hasil. Malas lah buat perkara sama lagi, tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca (baca: membaca Quran).Apa yang lebih mahal, usaha (effort) atau hasil (result)?
0 comments:
Post a Comment