Saturday 21 January 2012

NILAI
1. Nilai kasih sayang.
Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun 
kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.
2. Nilai ketabahan.
Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang 
disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.
3. Nilai kegigihan.
Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga 
berjaya.
4. Nilai bertanggungjawab
Setelah ditinggalkan suami,  Salmah bekerja  di sawah untuk menampung kehidupannya 
sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya
5. Nilai cinta akan tanah air
Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang 
kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.
6. Nilai taat akan ajaran agama
Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid 
secara berjemaah.
7. Nilai mengamalkan budaya bangsa
Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi 
keluarga Faridah di Cameron Highlands.
8. Nilai berdikari  
Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak 
kerajaan atau swasta.  Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing 
dan hasratnya itu  dipersetujui oleh bapanya.
9. Nilai cinta akan alam sekitar.
Soleh mahu penebangan hutan untuk membina  chalet peranginannya dilakukan dengan 
lebih terkawal serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.


PENGAJARAN
1. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh.  
Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati 
dan menghargai tanah airnya, Malaysia.
2. Setiap orang perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.
Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak 
semaiannya hingga berjaya.
3. Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.  
Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama 
anak kembarnya,  Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka.
4. Sebagai penganut agama yang taat,  kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama.
Contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu 
menderma  kepada badan kebajikan.
5. Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita.
Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah 
air.
6. Sebagai seorang siswazah, janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji 
sahaja.  
Contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu  dipersetujui 
oleh bapanya.

terima kasih sebab propa :)

0 comments:

 
Original copyright © 2011-2012.All Right Reserved by Azline Hendry