Saturday 21 January 2012

LATAR

Latar Masa
1. 6.00 pagi  – Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya.  Dia teringat akan 
tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.
2. 8.00 pagi  – Rahayu tiba di perpustakaan  untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.
3. Waktu pagi– Rahayu terjatuh dan pengsan  di perpustakaan.
Faridah terlibat dalam kemalangan.
4. Malam    - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon 
kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat 
kemalangan.
5. 1980    - Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala 
Kubu Baharu ke Bukit Fraser.
6. 1989    - PKM meletakkan senjata di Hatyai.
7. Semasa bersarapan – Kamarudin menerangkan isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu, 
iaitu Faridah menemui kemalangan dan hilang di Bukit Fraser.
8. Waktu pagi - Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah, 
Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan 
telah dihantar ke hospital UKM.
- Hamidah dimaklumkan oleh Dr Susan , kemungkinan Rahayu menghidap 
barah paru-paru.
9. 3.30 petang- Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal 
selama dua minggu menemui kegagalan.
10. 25 tahun- Faridah telah meninggalkan kampung halamannya selama 25 tahun dan 
menetap di New Zealand selepas kematian ibu dan suaminya, Ghazali.
11. Dua minggu- Dalam masa dua minggu Benny dan Melina berkenalan, Benny sudah 
melamar Melina.
12. Satu pagi   - Benny dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah.
13. Waktu petang -Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina,  Zain berkenalan dengan 
Anne.
14. Dua petang- Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.


Latar Tempat
1. Kafetaria di UPM - Rahayu dan Azrul sedang bersarapan
2. Perpustakaan di UPM - Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di 
perpustakaan.
- Rahayu pengsan.
3. Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser
- Faridah   dan Mastura membawa murid „Sindrom Down‟ 
seramai 10 orang ke Bukit Fraser.   
4. Jalan ke Pekan Raub  - Faridah  yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam 
keretanya telah terlibat dalam kemalangan.
5. Smoke House   - Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi 
Faridah yang koma selepas terlibat dengan kemalangan jalan 
raya.
6. Bukit Kutu  - Mejar (B) Kamarudin dan Buyung mencari  Faridah dan Iqbal 
di dalam hutan sekitar Bukit Kutu.
7. Perkampungan orang Asli
- Tempat Mejar (B) Kamarudin dan Buyong menemui Faridah  
     dan Iqbal dijumpai selepas dua minggu hilang.     
8. Parit Satu, Sungai Besar
- Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia menziarahi 
kubur Rahayu di Parit Satu.
9. Parit Dua, Sungai Besar
- Kampung Azrul – dia menjalankan projek penternakan 
kambing.
10. Rosewood, New Zealand
- Rumah Faridah di New Zealand.
11. Cristchurch di New Zealand
- Sebuah bandar di New Zealand.
12. Marang, Terengganu  - Tempat tinggal Benny dan Melina.
13. Cameron Highlands - Tempat penginapan Faridah dan keluarganya ketika mereka 
pulang ke Malaysia untuk melawat Melina dan 
membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.



Latar Masyarakat
1. Masyarakat pelajar universiti. Contohnya, Azrul dan  Rahayu merupakan penuntut Fakulti 
Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
2. Masyakat yang cinta akan alam sekitar.  Contohnya, Azrul dan teman-temannya  banyak 
mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar.
3. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa.  Contohnya Faridah, 
dan Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak 
istimewa ialah satu ibadah.
4. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.   Contohnya  Faridah dan Salmah dipaparkan 
sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.
5. Masyarakat yang suka bersedekah.  Hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons 
yang suka bersedekah.
6. Masyarakat tentera. Contohnya,  Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas 
pegawai tentera dari  4 RAMD.
7. Masyarakat orang Asli.  Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli 
yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.
8. Masyarakat yang rindu akan anaknya.  Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan 
anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia.  Akhirnya dia meninggal dunia.
9. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran.  Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, 
dan suaminya,  tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.
10. Masyarakat yang berdikari.  Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya 
mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk menampung kehidupannya.
11. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam memperjuangkan Islam.  Hal 
ini digambarkan melalui watak Muhamed Attar, dan Benny.
12. Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh untuk menyelesaikan masalah.  Sarjan 
Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh Bomoh setelah 
pihak polis gagal menemui mereka.
13. Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus.   Buyong menegaskan bahawa 
makhluk halus memang wujud dalam masyarakat kita.


gaya bahasa
1. Penggunaan Bahasa Inggeris
Contoh:
 wind breaker,  sindrom down, terrace garden, Smoke House
2. Peribahasa
Contoh:      
 Peribahasa Melayu– Masa itu emas
 Peribahasa Arab -  Masa umpama sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepala 
                 jika kita lambat bertindak.
- Perahu sudah di air, pendayung di tangan 
3. Personifikasi
Contoh  :  
 cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan
 cuaca yang begitu dingin menggigit  
 Senja merangkak tua…        
4. Hiperbola
Contoh:
 dosa-dosaku sudah melaut banyaknya… 
 tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung  
5. Simpulan bahasa
Contoh:  
 buah mulut
6. Simile
Contoh :
 … bersambung seperti gajah menyusu dengan rumah agam 
 … tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung  
7. Metafora
Contoh:  
 peti kenangan
 Lipatan ingatan  
8. Sinkope (singkatan perkataan)
Contoh:
…”Cukup ke? Tak lapar nanati?”   


terima kasih sebab propa :)

0 comments:

 
Original copyright © 2011-2012.All Right Reserved by Azline Hendry