Saturday 21 January 2012

Risiko beg galas terhadap masalah belakang

kebanyakan sekolah-sekolah awam di Malaysia melibatkan penggunaan buku-buku teks dan latihan yang banyak jumlahnya. Penambahan buku-buku teks dan latihan di sekolah menyebabkan bertambahnya bebanan beg galas anak-anak kita.Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah lagi didapati membawa bebanan beg yang kadang-kadang dilihat agak melampau. Kesannya? Masalah belakang dan postur badan yang tidak betul.
Menurut American Physical Therapy Association, berat beg seseorang individu tidak sepatutnya melebihi 15-20% berat badan individu tersebut. Apabila berat beg melebihi had berat yang disebutkan, kesan jangka masa pendek dan panjang terhadap kesihatan boleh berlaku. Beg yang terlalu berat boleh menyebabkan kedudukan tulang belakang tidak betul sekaligus menyebabkan postur badan yang salah. Akibatnya, keletihan dan lenguh pada bahagian belakang dan otot bahu. Dengan masa, masalah ini boleh berlanjutan sehingga menyebabkan kecederaan kepada bahagian bahu, belakang dan juga leher.

Cara mengatasinya:
  • Pastikan postur badan berada dalam keadaan yang betul. Untuk mendapat postur bahu yang betul, angkat bahu selaras dengan telinga, tolak bahu ke belakang dengan menjauhi telinga sedikit dan turunkan bahu kembali ke posisi normal. Anda mungkin akan nampak sedikit mendada, tetapi ini adalah postur yang betul.
  • Barang yang paling berat dalam beg galas harus diletakkan paling hampir dengan belakang supaya berat beg galas dapat diseimbangkan. Dalam erti kata yang lain, laraskan tali beg galas berhampiran dengan belakang dan bukannya tergantung lebih rendah daripada bahagian atas punggung.
  • Gantungkan tali beg galas di kedua-dua bahu. Jangan gantung di sebelah bahu sahaja.
  • Buat senaman yang menguatkan otot belakang dan perut seperti yoga.
  • Bagi anak-anak yang kecil tubuhnya, beli beg yang beroda supaya beg boleh diheret dan tidak perlu digalas.

    sumber: http://comelnya.com/ibu-dan-anak/risiko-beg-galas-terhadap-masalah-belakang
 

terima kasih sebab propa :)

0 comments:

 
Original copyright © 2011-2012.All Right Reserved by Azline Hendry