Saturday 21 January 2012

sinopsis keseluruhan


Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan 
Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar  Faridah dan Rahayu.  Apabila Kamarudin 
ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan 
Hamidah.  Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan 
Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya  perpisahan pasangan kembar tersebut.  
Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh 
Salmah.
Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi 
Manusia, UPM.  Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria.   Rahayu telah dikejarkan ke Hospital 
Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan.  Rahayu disahkan menghidap 
kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser.  Sebelum pulang Faridah 
pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang 
pada pukul 2 petang nanti.  Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal 
mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam 
gaung.  Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat.  Setelah dua minggu 
usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan 
rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal.  Mereka dijumpai di 
perkampungan orang  Asli di Sungai Dua.  Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan 
Rahayu dalam keadaan koma.  Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang 
terakhir di sisi Faridah.  Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat 
menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa 
mereka sama-sama belajar.
Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali.
Tidak lama kemudian Salmah, ibu  kepada  Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu 
rindu akan Rahayu.   Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan.   Kemudian 
Faridah ditawarkan mengikuti kursus  Community Services for  Disable People  di New Zealand 
selama enam bulan.  Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap  di 
sana.  Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne. 
Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai „Benny‟.  Secara tidak 
sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak.   Akhirnya 
Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch.  Mereka berpindah ke Malaysia 
kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ.  Mereka menetap di Terengganu.  Di 
Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood  yang cenderung mencapai 
sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan.   Muhamed Attar telah ditangkap 
oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas.  Benny yang 
bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.  
Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan 
Zain.  Mereka menginap di Cameron Highlands.  Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah 
anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu.  Majlis perkahwinan mereka berlangsung 
dengan meriah.
Akhirnya,  Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan 
ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny.  Melina dan Benny menetap di Dubai.  Anne dan 
Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand.  Datuk Azrul dan 
Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

terima kasih sebab propa :)

0 comments:

 
Original copyright © 2011-2012.All Right Reserved by Azline Hendry