Saturday 21 January 2012

Tema dan persoalan

TEMA-Novel ini bertemakan  jati diri orang Melayu.   Tema ini diserlahkan melalui watak utama Faridah 
yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun.  Walaupun begitu lama tinggal di negara orang,
akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di  Malaysia.


PERSOALAN
1. Persoalan ikatan kekeluargaan yang erat.  
 Persoalan ini digambarkan melalui Faridah dan Rahayu yang merupakan pasangan kembar 
tetapi dibesarkan secara berasingan oleh ibu bapa mereka.  Hal ini demikian kerana Rahayu 
dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, manakala Faridah dibela oleh ibunya sendiri.  Namun 
demikian Rahayu sentiasa merindui kakaknya, Faridah.
2. Persoalan perpisahan ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi mangsa.  
 Perkara ini dipaparkan melalui tindakan Kamarudin meninggalkan Salmah tetapi membawa 
bersama-samanya Rahayu ke Indonesia menyebabkan pasangan kembar tersebut terpisah 
dan merindui satu sama lain.
3. Persoalan kecintaan terhadap alam sekitar.  
 Persoalan ini digambarkan melalui watak Azrul yang aktif dalam program-program 
pemeliharaan alam sekitar.
4. Persoalan kasih sayang. 
 Persoalan ini digambarkan antara ibu dengan anaknya, iaitu kasih sayang Salmah terhadap 
anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia.  Akibat terlalu rindu, ibu ini menderita 
sehingga menemui ajalnya.  Persoalan kasih sayang antara isteri dan suami pula tergambar 
melalui tindakan Melina yang berusaha dengan pelbagai cara mencari suaminya, Benny 
yang tidak pulang ke rumah.
5. Persoalan sikap berdikari golongan siswazah.  
 Golongan ini tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan 
atau swasta.  Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan 
hasratnya itu  dipersetujui oleh bapanya
6. Persoalan kahwin campur.  
 Fenomena kahwin campur dalam kalangan masyarakat telah menjadi perkara biasa pada 
zaman ini.  Hal ini dibuktikan melalui perkahwinan watak utama Faridah dengan Samuel 
Kirkby Johnsons atau nama Islamnya Soleh Johnsons.  Faridah ialah orang Melayu 
Malaysia yang bekerja di New Zealand, manakala Soleh pula orang Inggeris rakyat New 
Zealand.
7. Persoalan peranan bomoh dalam masyarakat Melayu.  
 Hal ini  dipaparkan  ketika operasi pencarian kehilangan Faridah dan Iqbal menemui jalan 
buntu dan terpaksa dihentikan.  Beberapa pihak  termasuk pihak polis  yang terlibat dalam 
operasi tersebut mencadangkan penggunaan bomoh untuk mengesan Faridah dan Iqbal.
8. Persoalan semangat kerjasama yang masih utuh dalam masyarakat. 
 Operasi mencari    Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak 
seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah 
Raub serta Hulu Selangor.
9. Persoalan pejuangan secara kekerasan.  
 Novel ini memaparkan adanya beberapa pihak yang mahu mencapai sesuatu matlamat 
dengan kekerasan.  Hal ini digambarkan melalui Muhammad Attar yang cuba mencari 
pengaruh daripada kalangan rakan-rakannya termasuklah Benny, suami Melina dalam 
matlamatnya untuk menegakkan perjuangan Islamnya.
10. Persoalan prejudis masyarakat Barat terhadap Islam (Islamofobia).  
 Tangkapan Mohamed Attar oleh Interpol ada kaitan dengan isu keganasan yang dilakukan 
oleh umat Islam.

terima kasih sebab propa :)

0 comments:

 
Original copyright © 2011-2012.All Right Reserved by Azline Hendry