Saturday, 21 January 2012

watak dan perwatakan

1. Watak Faridah
 Faridah merupakan watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu.
 Ayahnya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah.
 Dia terpisah daripada adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya 
berpindah ke Pontianak, Indonesia.
 Faridah seorang yang  tabah  menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah 
menghadapi kematian adik  kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru.  
Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, 
Ghazali.
 Faridah seorang yang sangat  prihatin akan kanak-kanak istimewa.  Contohnya, dia 
menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai 
satu ibadah.
 Faridah seorang yang  beriman.  Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu 
dan ibunya.  Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud. 
 Faridah juga  mementingkan ilmu pengetahuan.  Contohnya, dia sanggup 
menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand.
 Faridah seorang yang penyayang.  Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anakanaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya,  Anne 
dan Melina. 
 Dia juga seorang yang mempunyai  jati diri yang tinggi.  Walaupun hidupnya senang 
dan sudah 25 tahun di New Zealand,  Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia 
kerana terlalu rindu akan kampung halamannya.  Dia juga berjanji akan mengekalkan 
kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.

2. Rahayu
 Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada 
Faridah.
 Dia mengidap penyakit lelah  dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap  
„lembik‟.
 Rahayu dikesan mengidap barah paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.
 Seorang yang  suka membaca.  Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku 
dan digelar sebagai „ulat buku‟ oleh Azrul.
 Rahayu juga seorang yang rajin.  Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya 
di dapur sekiranya tiada kuliah.
 Rahayu seorang yang penyayang.  Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah 
dan ibu tiri, hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah.


3. Azrul
 Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki  Rahayu.
 Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar.  Azrul dan rakan-rakannya telah 
menaja penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap 
memberi pendedahan kepada murid tentang alam sekitar.
 Azrul seorang yang  penyayang.  Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat 
menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.
 Azrul juga  seorang yang berdikari.  Setelah tamat pengajian di  universiti,  dia tidak 
berharap untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.
 Seorang yang  gigih berusaha.  Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam 
bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu.
 Seorang yang suka menolong orang.  Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika 
kereta Anne rosak.
 Azrul juga seorang yang menghormati orang tua.   Dia telah menunjukkan rasa 
hormat yang tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah 
mereka.
 Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk

4. Kamarudin
 Bapa kepada Rahayu dan Faridah.
 Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak.  Pada usia 21 tahun, dia telah 
berkahwin lain.
 Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia,  dia sanggup memisahkan dan membawa 
salah seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya. 
 Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada angkatan tentera.
 Seorang yang  berjimat cermat kerana dia menyimpan sejumlah wang untuk masa 
hadapan anak-anaknya.
 Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya.
 Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia tidak memberikan nafkah 
lahir dan batin kepada Salmah, isterinya.
 Kamarudin pandai menyimpan rahsia.  Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri 
keduanya,  Hamidah.
 Seorang yanag percaya kepada bomoh.  Dia sering membawa Rahayu berjumpa 
dengan bomoh supaya Rahayu serasi dengan keluarga barunya dan tidak rindu kepada 
pasangan kembar dan ibunya.
 Akhirnya kehilangan Faridah telah menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya.  
Kamarudin menunjukkan rasa tanggungjawabnya dengan berusaha mencari Faridah.

5. Salmah
 Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.
 Isteri pertama kepada Kamarudin.
 Usianya menjangkau 50 tahun.
 Seorang yang rajin berdoa.  Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon 
ke hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.
 Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di 
sawah.
 Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu.
 Seorang ibu yang penyayang.  Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih
tetap menyayangi Rahayu.

6. Benny
 Berasal dari Dubai.
 Nama sebenarnya Jabbar al – Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny.
 Seorang yang sangat gemar  berlayar.  Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga 
ke Sydney.
 Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.   Contohnya,  dia 
minum arak di luar pengetahuan ibu bapanya.
 Dia menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab.  Dia meninggalkan Melina yang sarat 
mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol.
 Dia berjumpa terus dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.


terima kasih sebab propa :)

0 comments:

 
Original copyright © 2011-2012.All Right Reserved by Azline Hendry